Thursday 12 July 2012

..manusia dan masalah itu sebenarnya sahabat sejati..

assalamualaikum.. hi semua.. harap2 smua sehat2 je ye.. insyaAllah.. ap, sakit?? makan ubat ye.. jgn skip kte doakan korg sehat.. demam dan sakit itu sebenarnya ujian allah.. nk tgk hamba nya bersabar ke tidak dengan dugaan yang dia bagi.. :) tpi as normal human being, yg lemah lagi hina ni.. yg kotor dengan dosa-dosa kecil yg telah menggelapkan setiap permukaan hati.. yang lemah iman nya.. yang kurang ilmunya.. kita tak pernah nk lari dari mengeluh kan?? even kte semua tahu yg mengeluh tu keje syaitan.. mengeluh tu tanda kita tak sabar dengan dugaan allah.. mengeluh tu tanda kte tak bersyukur.. nauzubillah..

'diamlah kau, kau hidup bahagia.. aku? setiap masa ad masalah.'


mesti korg penah dgr or mengalami situasi mcm tu kan.. sebenarnya "org yg bercakap" tu tak tahu.. even "org yg mendengar" itu hidup nampak bahagia. gembira. tersenyum setiap masa. pandai. berjaya. dy juga menghadapi seribu satu masalah. cuma kelebihan dy, dy bersabar. masalah itu dy masih kuat untuk tanggung. dy masih kuat untuk bersabar. mungkin "org yang bercakap" tu tak tahu, mcm mana keadaan "org yg mndengar" tu di rumah.. kalau dy kaya, mana tahu ibu bapa dia sibuk bekerja dan tiada masa untuk dia. hidup dia ibarat sebatang kara. kalau dia bijak, mungkin "orang yg bercakap" tidak tahu bagaimana dia dipaksa belajar tanpa rehat, mungkin ad ketika dia tidak diberi makan hanya kerana result exam yg dia dapat tidak memuaskan hati ibubapanya..

jangan sekadar menguji seseorg itu hanya sekadar dengan melihat luaran.. put urself into their shoes, then, u can judge them.

allah menguji setiap org itu dengan berjuta jenis masalah. masalah dalaman mahupun luaran. semua org berbeza.. jgn mengeluh.. berdoalah untuk lebih tabah dan sabar.. sesungguhnya, tinggi martabat untuk org yg bersabar.. dan yg pasti.. allah akan syg.. <3

tidak salah kalau menangis kerana kecewa atau merasakan hidup ini sungguh berat. terlalu banyak dugaan yang datang. menangis itu normal. itu anugerah perasaan yang allah bagi.. jgn terlalu pendam.. luahkan.. sudah pasti kita akan luahkan pada yg esa..mengadu.. bercerita..merayu untuk satu kemenangan.. tpi, kte masih perlukan manusia atau sesuatu untuk kita luahkan. sebb itu allah wujud kan sahabat, keluarga, diari, buku conteng atau ap2.. mereka lah yang akan membantu kita untuk memikul tanggungjawab dan tugasan yang allah beri. menangis lah.. luahkan lah.. allah memahami.. tpi awas.. MENANGIS BUKAN MERATAPI..

'tidak sempurna iman seseorg itu selagi tidak diuji'


tengok.. betapa Allah sayang kan kita. hambanya. menguji kita untuk menyempurnakan iman kita.. ini ujian awal.. engat wahai kawan2.. ganjaran dia besar.. SYURGA.. siapa yang tidak mahu... sebuah 'rumah' yang sgt indah, yang kekal abadi.. yg tiada tandingan dimuka bumi mahupun seantero dunia.. subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar..

so kawan2, jgn terlalu bersedih dengan dugaan yang allah beri.. semua org tahu kan.. PELANGI MUNCUL SELEPAS HUJAN.. be strong.. semua org ada masalah, kerana ALLAH sedang menguji..  insyaAllah, syurga milik kita semua.. amin..




No comments:

Post a Comment