Thursday 12 July 2012

..manusia dan masalah itu sebenarnya sahabat sejati..

assalamualaikum.. hi semua.. harap2 smua sehat2 je ye.. insyaAllah.. ap, sakit?? makan ubat ye.. jgn skip kte doakan korg sehat.. demam dan sakit itu sebenarnya ujian allah.. nk tgk hamba nya bersabar ke tidak dengan dugaan yang dia bagi.. :) tpi as normal human being, yg lemah lagi hina ni.. yg kotor dengan dosa-dosa kecil yg telah menggelapkan setiap permukaan hati.. yang lemah iman nya.. yang kurang ilmunya.. kita tak pernah nk lari dari mengeluh kan?? even kte semua tahu yg mengeluh tu keje syaitan.. mengeluh tu tanda kita tak sabar dengan dugaan allah.. mengeluh tu tanda kte tak bersyukur.. nauzubillah..

'diamlah kau, kau hidup bahagia.. aku? setiap masa ad masalah.'


mesti korg penah dgr or mengalami situasi mcm tu kan.. sebenarnya "org yg bercakap" tu tak tahu.. even "org yg mendengar" itu hidup nampak bahagia. gembira. tersenyum setiap masa. pandai. berjaya. dy juga menghadapi seribu satu masalah. cuma kelebihan dy, dy bersabar. masalah itu dy masih kuat untuk tanggung. dy masih kuat untuk bersabar. mungkin "org yang bercakap" tu tak tahu, mcm mana keadaan "org yg mndengar" tu di rumah.. kalau dy kaya, mana tahu ibu bapa dia sibuk bekerja dan tiada masa untuk dia. hidup dia ibarat sebatang kara. kalau dia bijak, mungkin "orang yg bercakap" tidak tahu bagaimana dia dipaksa belajar tanpa rehat, mungkin ad ketika dia tidak diberi makan hanya kerana result exam yg dia dapat tidak memuaskan hati ibubapanya..

jangan sekadar menguji seseorg itu hanya sekadar dengan melihat luaran.. put urself into their shoes, then, u can judge them.

allah menguji setiap org itu dengan berjuta jenis masalah. masalah dalaman mahupun luaran. semua org berbeza.. jgn mengeluh.. berdoalah untuk lebih tabah dan sabar.. sesungguhnya, tinggi martabat untuk org yg bersabar.. dan yg pasti.. allah akan syg.. <3

tidak salah kalau menangis kerana kecewa atau merasakan hidup ini sungguh berat. terlalu banyak dugaan yang datang. menangis itu normal. itu anugerah perasaan yang allah bagi.. jgn terlalu pendam.. luahkan.. sudah pasti kita akan luahkan pada yg esa..mengadu.. bercerita..merayu untuk satu kemenangan.. tpi, kte masih perlukan manusia atau sesuatu untuk kita luahkan. sebb itu allah wujud kan sahabat, keluarga, diari, buku conteng atau ap2.. mereka lah yang akan membantu kita untuk memikul tanggungjawab dan tugasan yang allah beri. menangis lah.. luahkan lah.. allah memahami.. tpi awas.. MENANGIS BUKAN MERATAPI..

'tidak sempurna iman seseorg itu selagi tidak diuji'


tengok.. betapa Allah sayang kan kita. hambanya. menguji kita untuk menyempurnakan iman kita.. ini ujian awal.. engat wahai kawan2.. ganjaran dia besar.. SYURGA.. siapa yang tidak mahu... sebuah 'rumah' yang sgt indah, yang kekal abadi.. yg tiada tandingan dimuka bumi mahupun seantero dunia.. subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar..

so kawan2, jgn terlalu bersedih dengan dugaan yang allah beri.. semua org tahu kan.. PELANGI MUNCUL SELEPAS HUJAN.. be strong.. semua org ada masalah, kerana ALLAH sedang menguji..  insyaAllah, syurga milik kita semua.. amin..




Thursday 14 June 2012

kUcAr kAciR

assalamualaikum..hai.. da lama nak buat post tulis panjang2.. tapi selalunya aku x de mse. selalu just on skejap2 je. sebab nak duk lepak2 ngn mak abah.. kononnya la kan.. actually, malam ni aku rasa mcm kosong. serabut je. tu x kena. ni tak kne. ntah la. tu yang at last amik keputusan nak melalut kat blog ni.. janji dapt tulis then ok la kan. ad point nak luah sikit. selalu, semangat je lebih nak buat post.. last2.. BLURR.. mcm ap je kan.. hangat2 tahi ayam.. tahi ayam pown maybe panas lagi lama dr panas nya semangat aku nak buat post.. (sorry, tahi ayam is not my point)

sekarang ni, memang secara rasmi nya aku jadi penganggur tetap trolak utara. nak keje, my big boss x bagi. tak kan aku nak bantai keje jugk kan. nanti jadi pape masalah, ha! kan da susah.. aku pulak kena tanggung sorang.. mane mampu deyh.. even da besar, aku tetap kena HORMAT keputusan my parents. kalau dyrg tak bg tu, mesti ad sebab. lgi pown, mana ad parent yg nak tgk anak dyrg hidup susahkan. so, as ANAK YANG BAIK (insya-allah), aku ikut je.. but in the same time, aku still berdoa, kat luar tu ad la punca tuk aku cari pengalaman sikit.

aku anak bongsu. mcam biasa la kan. semua org tahu. anak bongsu ni di layan bak raja. ups.. permaisuri i meant..(aku kan pompuan)..tapi tu bukan aku yang mintak.. n bukan semua anak bongsu yang mintak. once manusia tu bergelar ADIK, selamanya dia akan di anggap ADIK oleh ahli keluarga serta kaum2 dia sekalian. (FACT!) rimas kot kadang2 tu.. smua benda nak buat kena rujuk kat adik beradik lain. rasa macm memang tak de peluang la nak hidup berdikari.. thats why, aku dengan sukacita dan rasa berbangganya serta rela hati nya, memohon untuk masuk dan tinggal di ASRAMA. at least, di sana aku ad peluang utk bina hidup sendri. :)

kat asrama mmg best la. smua benda nak kne buat sendiri. yg paling best, masa aku kat matrikulasi. aku dapat keluar IPOH!!! bukan batak or 'perak' or jakun ke ap.. tpi peluang tu just aku dpt mase aku duk hostel. kalau aku duk umah, ingt aku dapat ke peluang tu.. MMG TIDAK AKAN! kalau turun pown of koz dengan family dan probability tuk turun tu pown 1:1000.. my family bukan x mampu, semua alhamdulillah.. pendapatan mmg tak jadi masalah.. the biggest problem just nak dapat kan KEBENARAN DARI PENGARAH BESAR  tu je yang susah.. haha.. and the another facts is, my kakak2 pown act rasa benda yang sama mcm aku rasa mse dyrg duduk asrama dulu. haha.. so. the conclusion is.. AKU SUKA DUK HOSTEL!!

habis matrikulasi!! yehaaa!! happy teramat sangat.. dapat kluar dr timbunan buku2 n assgmnt yg sgt byk.. mse beljar tu, mmg tak sabar nak cuti.. tapi sekarg bila da cuti. aku sangat tak sabar nak sambung belajar.. duk umah lama2 mmg tak biasa la.. rasa sangat janggal.. nak masak pown, brape minit je. nak kemas rumah. rumah aku ni bukan ad budak2,.so kompem la x bersepah kan. nak kemas halaman pown. halaman aku bukan ad pokok2 yg nak di sapu daun nya. so.. aku mmg mati kutu la duduk kat rumah ni..

last but not least,,aku berdoa, dapat la aku bekerja di mana2 tempat. tak kesah la mne2 tp paling penting, dad aku benarkan.. dan lgi satu, aku nak cepat2 dapat sambung belajar. tak kesah la kat mna2.. amin..

adios abigos.. papay.. semoga hari esok akan jauh lebih baik dari hari ini..

assalamualaikum semua... :)





Tuesday 12 June 2012

HiJrAh


HIJRAH DIRI

bukan di padang pasir
cuma bermula dengan niat dari dalam hati
simple tapi bukan senang
ego
malu
pentingkan pandangan orang
rasa tak up to date  dengan fesyen semasa
semua merupakan penghalang
niat boleh jadi semata2 niat, kalau penghalang tidak dilawan

yes

 itu la kte rasa dulu. umur masih muda la katakan. semua nak berfesyen.. sana sini nak cantik..
lagi-lagi kte ni perempuan. lagi la nak cantik n bergaya kan.. (^,^) .. normal la tu..
manusia..
mmg tak boleh lari dari dari segala benda tu..

tapi.

lama-lama kte jumpa apa yang kte cari selama ni..
keindahan dalam kesopanan.
kecantikkan tanpa lupakan tuntutan Tuhan. 
tiada halangan dalam pergaulan, 
asalkan betul pada cara dan ajaran.
terima kasih allah, kerana memberi aku peluang untuk berubah

terima kasih

terutama buat kawan2 yang banyak tolong and support kte.
tanpa mereka, rasanya kte tak mampu untuk lakukan semua ni.
contoh yang baik, tak salahkan untuk kan kte contohi.

semua kawan2 membantu kte, tapi kat sini kte tunjukkan wajah2 yang sangt memainkan peranan..

(^,^)

~ nurul shahidah si comel ~

terima kasih shida atas teguran pertama yang kau berikan kat aku.. 
itu permulaan semua ni..

shahidah : hana, kau sayang aku tak??

kau ingat lagi tak soalan ni? 
aku tak kan lupa soalan n cara kau tanya aku..
terima kasih


~ nadhirah, hamizah, lina ~

korang penyeri hidup aku kat kmpk... iloveu alls.. 
terima kasih juga kerana sangat membantu aku untuk mencipta hidup baru.. :)

mieza, kte sangat bersyukur sebab awak jadi roomate kte.. 

~ my lovely friend, lina jalil ~

gila tapi aku tahu kau sgt menjaga segala nya, harga n nilai diri kau sgt tinggi.. aku respect <3
and aku happy sangat sebab dapat kenal kau, wahai si lanun laut.

terima kasih semua kerana menjadi kan saya seorg muslimah di muka dunia ini..
semoga hubungan kita semua kekal hingga ke syurga..
amin..

Monday 28 May 2012

~hidup~

takut?
kompem semua tengah takut.
tak kisah la sebelum ni dia dapat sebagus mana pown,
perasaan takut tu tetap akan ada.
lumrah

apa yang aku rasa????

menipu la kalau aku cakap aku tak de rasa.
tipu jugak kalau aku cakap aku sudah bersedia.

cuma,

aku harap.
aku tidak hampa dan kecewa

aku harap.
aku tidak menangis sepanjang waktu yang ada

aku harap.
aku mampu tersenyum dengan segala ketetapan-Nya.

aku harap.
aku mampu berdiri seperti biasa menggunakan kaki dua

dan

aku harap.
aku bukan tergolong dalam golongan yang lupa pada takdir Tuhan yang Esa.

semua sudah di tetapkan.

semoga.

ada kejayaan di hadapan. 

AMIN~



nilai diri

manusia dan dosa..
tak dapat dipisahkan.
ibarat sebuah cinta.
tapi, manusia dan dosa tak mampu untuk bersama.
jika mereka bersama, hidup akan binasa
hidup pasti tidak akan bercahaya.
hidup pasti jauh dari kewangian sebuah SYURGA

tapi

siapa manusia tanpa dosa?
siapa manusia tanpa melakukan sebarang sesuatu yang tidak  berdosa?
siapa manusia yang mampu lari dari sebuah dosa?

tiada manusia yang bebas dari melakukan sesuatu yang tidak dosa.
tiada manusia yang mampu hidup senang dengan gembira tanpa melakukan sebarang kesalahan yang membawa sebuah dosa.

sedar lah..

jika hati manusia boleh dikeluarkan dan DOSA mampu diperlihatkan.

MASYAALLAH !!

SUBHANALLAH !!

ALLAHUAKBAR !!

menangis air mata darah, belum pasti dapat menghilangkan kekotoron yang ada..

walau bagaimanapun,

manusia..
jangan lupa,
ALLAH MAHA PENGAMPUN.

sesiapa yang memohon keampunan dari allah, insyaALLAH, ALLAH akan ampunkan..

sebelum terlambat, bangun la wahai manusia,. sedari kesilapan yang ada..

"YA ALLAH, aku bermohon kepada-Mu,
ampunkan dosa2 ku serta sekalian manusia dimuka bumi ini.
Jauhkanlah kami dari melakukan sebarang dosa, hilangkanlah segala kekotoran yang ada di hati kami YA ALLAH.. 
YA ALLAH, yang maha mengetahui segala sesuatu sama ada yang  nyata mahupun tersembunyi, jika terlalu banyak kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan, jika begitu sukar untuk kami memulakan kehidupan yang baru dengan menggunakan  HATI yang sama
Engkau berikanlah kami HATI YANG BARU, YA ALLAH.
Hati yang yang mampu menyintaimu dan rasul-Mu sallahualaihi wassalam melebihi segala sesuatu.
Hati yang mampu meningkatkan tarbiah dalam kehidupan kami YA ALLAH.
YA ALLAH, semoga engkau memakbulkan doa kami, hamba-Mu yang lemah YA ALLAH" 

amin ya rabbal alamin.

~luahan sebuah hati~


Friday 25 May 2012

assalamualaikum dan salam perpaduan.

orang kata duduk rumah ni best berbanding duduk dekat asrama. 
bila duduk rumah, macam2 kita boleh buat, semua nya selesa. tpi ni smua org kata lah,. 
sbb aku da duduk kat asrama sejak aku form one. semua da biasa buat sendiri. kerja2 rumah macam kemas rumah  tu memang boleh lah kalau nak serah kat aku . 
duk kat asrama, hidup memang kena sentiasa kemas n teratur. kalau tak nnti mesti kena tibai ngan senior. biasa la tu kan.. seniority mmg tak lari ke mana. just bab memasak tu. 
im so sorry la. kat asrama takde dapur nak masak. so mmg aku tolak tepi. tapi jangan pulak anggap aku langsung tak tahu memasak. tahu tu tahu just tak leh la kalau nak lawan ngn chef wan.. 
haha..

~kawan-kawan aku kat asrama smk khir johari~

sekarang ni aku lepasan matrik.
yup! cuti mmg lama. n jujur sangat la. aku mmg tak biasa nak duk rumah. rasa sangat bosan..
aku tengok tv pown mcm tak tengok pape.. kat asrama mana la boleh tgk tv sangat kan.
nak tgk pown ad masa2 tertentu. dah tu nak pulak berebut ngn dak2 laki. mmg tak la aku nak join sekaki. baik aku duk kat dorm lepak ngan kawan2.. lgi bermakna..

~kawan-kawan kat matrik gopeng~

by the way, duk rumah ni aku dapat luang masa ngan mak, abah , n family tersayang,, 
thanz ya Allah.. untuk bagi aku peluang bersama mereka.. dekat 7 tahun aku kat asrama. mmg kurang la masa aku ngan family.. masa aku banyak di habiskan dengan kawan2..
cuti 4 bulan ni mmg akn aku manfaatkan untuk jadi GADIS la. tahu buat kerja rumah n segala macam bagai. tapi tak lupa jugak. aku nak tingkat kan ilmu aku sebagai umat islam.. 
insyaAllah..